top of page
  • Writer's picturefaithfullyasean

Presiden Halimah gesa ASEAN kerjasama kekalkan keharmonian silang agama

Berita | Suria | 3 December 2018




SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyeru semua anggota ASEAN supaya bekerjasama bagi mengekalkan keharmonian silang agama di negara masing-masing.


Presiden Halimah berkata demikian di program pelibatan masyarakat serantau, yang dipanggil 'Faithfully ASEAN' hari ini (3 Dis). Ia diadakan sedang pengganasan kekal tinggi di rantau ini walaupun pengaruh ISIS berkurangan di Timur Tengah.

Presiden Halimah menambah bahawa dialog mengenai isu-isu sensitif seperti bangsa dan agama memainkan peranan penting dalam membina rasa saling hormat-menghormati dan kepercayaan bagi seluruh masyarakat.

Dalam beberapa hari akan datang, para pengamal dan aktivis silang agama di seluruh ASEAN akan melawat institusi-institusi keagamaan tempatan dan berkongsi amalan terbaik mengenai perpaduan antara budaya dan silang agama.  

bottom of page